top of page

Jellal Koay

_MG_1317.jpg

Koay Loong Chuen (lebih dikenali dengan nama artisnya Jellal Koay, 2001) merupakan seorang Komposer dari Malaysia, dimana karyanya mencuba untuk mencipta pengalaman muzikal yang mempunyai pelbagai rupa. Berminat dengan potensi mencipta keadaan paradoxal dengan mencabarkan had persepsi sedar, usaha musiknya meneroka kemungkinan persepsi bawah sedar dalam muziknya melalui pembebanan persepsi dengan anyaman rumit maklumat muzik. Karyanya telah dipersembahkan di banyak negara, termasuk Malaysia, Singapura, Itali, Jerman, Jepun, dan Amerika Syarikat.


Jellal telah memulakan perjalanan muziknya pada tahun 2012 apabila mengambil bahagian dalam kelas piano dengan Cik Kwan Yin Hui. Semangatnya terhadap muzik turut berkembang dengan lanjut, dan kemudian dia telah menyertai Koir SMK Seri Kembangan sebagai pengiring piano, di mana koir tersebut telah memenangi pingat perak dalam Festival Koir Antarabangsa Malaysia 2015 dan Pertandingan Peringkat Kebangsaan Malaysian Choral Eisteddfod 2017. Sebagai pianis solo, dia telah dianugerahkan Anugerah Merit dalam rundingan terakhir Pertandingan Piano Antarabangsa Asia Tenggara 2020.

​

Dia telah memenangi pelbagai pertandingan di dalam dan luar negara seperti Johan dalam Pertandingan Gubahan Antarabangsa untuk Harmonika Kromatik 2021 di Hong Kong (Kategori Solo Harmonica dan Orkestra), Hadiah Kedua dalam The Diversity Initiative Call for Scores di AS (Kategori Trio Tembaga), dan juga merupakan salah seorang Komposer Terpilih dalam Gilgamesh Music Festival 2025 dan Pertandingan Gubahan Musik Patriotik Malaysia yang ke-3 (Kategori Koir).

​

Jellal pernah bekerjasama dengan pelbagai ensemble dan artis, termasuk Ensemble Spectra (BE), Les Éclats du Son (DE), b-l duo (SG), Pan Pacific Woodwind Quintet (AS), Ensemble Virama (MY), Nina Janßen-Deinzer (DE), Michelle Hromin (HR/UK), Carolin Ralser (IT/SG), Christoph Wichert (AT/SG), Martin Jaggi (CH/SG), Scarlet Gouk (MY/HK), dan lain-lain.

Kredit Gambar: Joan Tan

Sebagai seorang pengiat aktif muzik kontemporari di Asia Tenggara, Jellal telah turut menyertai pelbagai festival musik, termasuk Darmstädter Ferienkurse 2025, Asian Composers League Festival di Jepun, Manila Composers’ Lab, SoundBridge Contemporary Music Festival, UiTM-klpac Malaysian Composers Concert Series dan Composers Society of Singapore Festival. Salah satu usahanya dalam bidang muzik kontemporari merupakan kerjasamanya dengan rakan-rakan muziknya untuk mengorganisasikan Bengkel Pengenalan Muzik Kontemporari di Sekolah Menengah Kuen Cheng di Kuala Lumpur. Selain itu, dia juga telah membentangkan kajiannya bersama Komposer dari Singapura Joan Tan tentang teknik-teknik mengasimilasikan budaya-budaya muzik yang berbeza dalam Performers’ Present Simposium Penyelidikan Seni Antarabangsa 2023 di YST Conservatory, Universiti Kebangsaan Singapura.
 

Kini, Jellal merupakan seorang pelajar tahun ke-4 di Yong Siew Toh Conservatory of Music di Singapura (merangkumi semester pertukaran di Universiti Musik dan Seni Persembahan Vienna), dimana pelajarannya dibiayai dengan biasiswa penuh. Mentornya dalam bidang Komposisi termasuk Prof. Madya Peter Ivan Edwards, Dr. Wong Chee Wei, Dr. Adeline Wong dan Prof. Michael Jarrell. Dia juga pernah menyertai kuliah-kuliah pakar dengan Clara Iannotta, Sarah Nemtsov, Dieter Mack, Alex Paxton, Alexander John Villanueva dan Hannes Kerschbaumer.

Upcoming Shows

12 January 2026

Premiere: Palettes (ii) for Double Bell Brass Trio

with Ensemble Musikfabrik

Im Medienpark 7, Köln, Germany

Concert Info

March 2026 (exact date tbc)

Revision Premiere: _nts for Clarinet & 4-Channel Electronics

with Michelle Hromin

Location tbc

March 2026 (exact date tbc)

Premiere: Palettes (i) for Alto Saxophone, Piano & Percussion

with Trio Abstrakt

YST Conservatory of Music, Singapore

March 2026 (exact date tbc)

Premiere: asfyx8 for 2 Keyboardists & Video

with Bertram Wee & Lynette Yeo (b-l duo)

YST Conservatory of Music, Singapore

March 2026 (exact date tbc)

Premiere: New Work for String Trio

with Mondrian Ensemble

YST Conservatory of Music, Singapore

April 2026 (exact date tbc)

Premiere/Release: New Work for Trombone & Electronics

with Aun Guan Ong

YST Conservatory of Music, Singapore

© 2025 by Jellykuihmusic.

bottom of page